Wednesday, June 13, 2012

Tahniah Bro!

Salam and Good Morning!
Hari ni macam tersadar dari lamunan,bangun pagi-pagi aku terus ingatkan diri aku yang hari ni RABU.Bukan JUMAAT.Over kan?haha Aku tak sabar nak tunggu Jumaat sebab nak balik Segamat.Over macam family sendiri kan?haha
Ehhh semalam aku dapat call dari Ika * ex Azam*.Dia bagi tahu aku Azam dah nikah 2 minggu.Tahniah bro!Sampai hati kau tak ajak aku kan?Siap tak bagi Ika cakap dengan aku lagi..Sioootttt je kau kan?Takpe bro,aku semakin pasti dengan keadaan sekarang.Aku doakan kau bahagia dengan isteri kau dan aku masih anggap kau brother aku walaupun tak pada kau kan?



Dengan berita semalam maka aku dengan secara rasminya memotivasikan diri sendiri dengan berkaroke selama 2 jam malam tadi.haha Yang menjadi kepastiaan aku, WE ARE OVER!Memang dah tertulis bukan kau yang diciptakan untuk aku.Aku perlu lupakan kau,aku cuba dan mungkin aku perlu cuba lagi kuat untuk hapuskan semuanya.
InsyaAllah setiap perkara yang terjadi dalam hidup kita ada hikmah disebaliknya.Setiap yang dijadikan Tuhan mempunyai watak dan lakonan yang berbeza dan setiap yang pergi pasti ada penggantinya.Dan semoga aku dapat teruskan perjalanan hidup aku dengan watak-watak baru.Dan semoga Tuhan sentiasa mendengar rintihan hati aku.
* Ya Allah,aku terima takdirmu.Aku pasti kau telah aturkan yang terbaik dalam hidup setiap hambamu.Kau temukan aku dengan rakan,sahabat,kekasih,suami,imam dan pelindung yang ikhlas,setia,menyanyagi dan menerima aku apa adanya serta membimbing aku ke jalan yang engkau redhai.Jika dia jauh,kau dekatkanlah dan jika dia dekat maka kau permudahkanlah.Aminn.

No comments:

Post a Comment