Monday, July 2, 2012

tabah laa wahai hati.

salam~
Hari ni dah masuk bulan Julai dan dah semakin hampir dengan Ramadhan. Dan tanpa sedar semakin mendekati hari kematiaan yang aku sendiri tak pasti. Ya Tuhan,semoga kau tabahkan hatiku untuk melalui liku-liku hidup yang penuh ranjau ini. Aku yakin dan pasti akan setiap takdir yang kau catatkan pasti ada hikmah disebaliknya.
Aku hanya insan biasa yang punya hati dan perasaan. Mungkin aku tak setabah dan secekal insan yang lain. Aku memohon agar kau tabahkan aku, cekalkan hatiku, kuatkan imanku dan bendunglah aku dari sebarang perasaan yang memudaratkan diriku.
Semoga aku tabah dan kuat untuk melangkah hari yang mendatang demi menjalankan tugasku sebagai hambamu di bumi ini.
InsyaAllah.....

No comments:

Post a Comment