Friday, July 27, 2012

Tuhan Jagakan Dia


~TUHAN JAGAKAN DIA~

HANYA DIRIMU YANG KU CINTA
TAKKAN MEMBUAT AKU JATUH CINTA LAGI
AKU MERASA
KAU YANG TERBAIK UNTUK DIRIKU
WALAU KU TAHU KAU TAK SEMPURNA
TAKKAN MEMBUAT AKU JAUH DARIMU
APA ADANYA
KU KAN TETAP SETIA KEPADAMU
TUHAN 
JAGAKAN DIA
DIA KEKASIHKU KAN TETAP MILIKU
AKU SUNGGUH MENCINTAI 
SUNGGUH MENYAYANGI SETULUS HATIKU
WALAU KU TAHU KAU TAK SEMPURNA 
TAKKAN MEMBUAT AKU JAUH DARIMU
APA ADANYA 
KU KAN TETAP SETIA KEPADAMU
TUHAN
JAGAKAN DIA
DIA KEKASIHKU KAN TETAP MILIKU
AKU SUNGGUH MENCINTAI
SUNGGUH MENYAYANGI SETULUS HATIKU
TUHAN
JAGAKAN DIA
DIA KEKASIHKU KAN TETAP MILIKU
AKU SUNGGUH MENCINTAI
SUNGGUH MENYAYANGI SETULUS HATIKU
TUHAN JAGAKAN DIA
DIA KEKASIHKU KAN TETAP MILIKKU
AKU SUNGGUH MENCINTAI
SUNGGUH MENYAYANGI SETULUS HATIKU


p/s Untuk semua yang pernah hadir dalam hidup aku terutama sekali family aku,AYAH,MAMA,ALONG,YAN,ABANG,AMAD.
EMMMA sekeluarga dan rakan rakan.
Semoga jalinan ukhwah antara kita akan berkekalan InsyaAllah,dan semoga Allah menjaga kalian dan setiasa berada di dalam rahmatNya.Aminn

Monday, July 23, 2012

Salam Ramdhan

Assalamualaikum.
Hari ni adalah hari ke 3 Ramdhan.
Alhamdulilah masih lagi diberi kesempatan untuk menjalankan ibadah puasa pada tahun ini. Semoga aku sekeluarga dan kalian mendapat gandaan pahala dalam menjalankan ibadah puasa kali ini.
Ramdhan kali ini aku harapkan menjadi Ramdhan yang terbaik dari sebelumnya InsyaAllah.
Untuk hari raya yang akan menjelang nanti,family aku ada buat business cket,jual kasut perempuan.Sebenarnya tak set pon nak jual untuk raya tapi time kitorang beli pon dah nak puasa so assume kasut raya jugak laa.Buat masa sekarang nih kami jual melalui facebook dan pasar ahad.InsyaAllah minggu ni akan masuk pasar malam.Suka suka plus nak mantapkan ekonomi keluarga.heee
Tahun ni aku sekeluarga akan berhari raya dengan gembiranya InsyaAllah.Tahun lepas hari raya penuh dengan juraian air mata sebab ayah baru lepas operation,mama baru lepas bersalin.Mama oke tapi keadaan ayah pada pagi raya tuh sangat sangat tak stabil.Tapi Tuhan maha adil,dia berikan kami kesedihan dan dia anugerahkan kami kegembiraan setelah kami berjaya harungi kesedihan tersebut.  


Ni laa luka operation yg ayah tanggung. Keadaan ayah tak stabil bila tisu peha yg ditampal pada tempat ini tak hidup. Kitorang yg cuci luka ni rasa sakit,lagi laa ayah.Tapi alhamdulilah sekarang ayah dah sihat.


Ni pulak Ahmad Idrish,adik bongsu kitorang. Dia lahir 1 Ramadhan tahun lepas. 

Setahun dah berlalu,alhamdulilah kami bahagia dan gembira sangat sangat. Tema raya kami tahun ni purple plus pink.Awal beli baju raya sebab time tu ayah dapat bonous.Huhuhu Korang tema ape?
Okey laa selamat menjalani ibadah puasa dengan ikhlas dan penuh rasa kesyukuran. :)

Monday, July 2, 2012

tabah laa wahai hati.

salam~
Hari ni dah masuk bulan Julai dan dah semakin hampir dengan Ramadhan. Dan tanpa sedar semakin mendekati hari kematiaan yang aku sendiri tak pasti. Ya Tuhan,semoga kau tabahkan hatiku untuk melalui liku-liku hidup yang penuh ranjau ini. Aku yakin dan pasti akan setiap takdir yang kau catatkan pasti ada hikmah disebaliknya.
Aku hanya insan biasa yang punya hati dan perasaan. Mungkin aku tak setabah dan secekal insan yang lain. Aku memohon agar kau tabahkan aku, cekalkan hatiku, kuatkan imanku dan bendunglah aku dari sebarang perasaan yang memudaratkan diriku.
Semoga aku tabah dan kuat untuk melangkah hari yang mendatang demi menjalankan tugasku sebagai hambamu di bumi ini.
InsyaAllah.....

Wednesday, June 13, 2012

Tahniah Bro!

Salam and Good Morning!
Hari ni macam tersadar dari lamunan,bangun pagi-pagi aku terus ingatkan diri aku yang hari ni RABU.Bukan JUMAAT.Over kan?haha Aku tak sabar nak tunggu Jumaat sebab nak balik Segamat.Over macam family sendiri kan?haha
Ehhh semalam aku dapat call dari Ika * ex Azam*.Dia bagi tahu aku Azam dah nikah 2 minggu.Tahniah bro!Sampai hati kau tak ajak aku kan?Siap tak bagi Ika cakap dengan aku lagi..Sioootttt je kau kan?Takpe bro,aku semakin pasti dengan keadaan sekarang.Aku doakan kau bahagia dengan isteri kau dan aku masih anggap kau brother aku walaupun tak pada kau kan?



Dengan berita semalam maka aku dengan secara rasminya memotivasikan diri sendiri dengan berkaroke selama 2 jam malam tadi.haha Yang menjadi kepastiaan aku, WE ARE OVER!Memang dah tertulis bukan kau yang diciptakan untuk aku.Aku perlu lupakan kau,aku cuba dan mungkin aku perlu cuba lagi kuat untuk hapuskan semuanya.
InsyaAllah setiap perkara yang terjadi dalam hidup kita ada hikmah disebaliknya.Setiap yang dijadikan Tuhan mempunyai watak dan lakonan yang berbeza dan setiap yang pergi pasti ada penggantinya.Dan semoga aku dapat teruskan perjalanan hidup aku dengan watak-watak baru.Dan semoga Tuhan sentiasa mendengar rintihan hati aku.
* Ya Allah,aku terima takdirmu.Aku pasti kau telah aturkan yang terbaik dalam hidup setiap hambamu.Kau temukan aku dengan rakan,sahabat,kekasih,suami,imam dan pelindung yang ikhlas,setia,menyanyagi dan menerima aku apa adanya serta membimbing aku ke jalan yang engkau redhai.Jika dia jauh,kau dekatkanlah dan jika dia dekat maka kau permudahkanlah.Aminn.

Sunday, June 10, 2012

:: DOA AGAR DIBERI JODOH TERBAIK ::

Bismillahirrohmannirrohim.....


Bismillahirrohmannirrohim.....

Ya Allah..Ya Tuhanku..
Jika pendampingku tlah Engkau lahirkan
Gerakan hatinya tuk menujuku , Pertemukanlah kami dlm sebaik-baiknya pertemuan tuk menuju Redha-Mu..
Kerana Engkaulah yg berhak atas hati hamba2-Mu..
Dan Engkau jua yg kuasa membolak-balikkannya..

Ya Rabb,
bila dia jauh,dekatkanlah..
Eratkan hati kami dlm ikatan kerana-Mu ,tautkan hatiku dgn hatinya yg sama2 mengharap & mendamba sebuah keinginan menuju redha-Mu..

Ya Allah...Yang Maha Pecinta
Pemilik cinta sejati ,Jikalau cintaku kau ciptakan untuk dia
Tabahkan hatinya..
Teguhkan imannya..
Tegarkan penantiannya..

Ya Rabb...Sang Pemilik Hati
Jikalau hatiku KAU ciptakan untuk dia ,Penuhi hatinya dg Kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan Cahaya-Mu ,Limpahkan kelapangan dikalbunya dengan kesabaran,Temani dia dlm kesepian..

Ya Rabb,
Tiada tempat ku bersandar Selain pada-Mu,
Kutitipkan cintaku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan sayangku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan rinduku pada-Mu untuknya..
Mekarkan cintaku bersama cintanya..
Satukan hidupku & hidupnya dlm Cinta-Mu..

Rabb....
Ku yakin bila saatnya sudah menghampiri,
Pasti kebahagiaan itu aku dapati..
Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dlm penantianku..

Ya ALLAH..
kirimkan dia yang dapat membawa kebaikan,
Baik bagi duniaku,akhiratku dan agamaku..
Agar kami sama2 berjamaah tuk tetap Menuju-Mu..
bimbinglah hati kami, Kuatkan hati kami..
Penuhilah dengan Rahmat & kasih sayang-Mu..Aamiin ya Rabb...

( Untuk sahabat yang sedang menanti CINTA SEJATI kerana ALLAH..Moga ALLAH memberi yang TERBAIK dalam Pandangan & Pilihan-Nya...mengabulkan doaku,doamu dan doa kita semua.....Aamiin )

By Pakar Diari Hati

Bila awak susah,mungkin saya tak dapat bantu apa-apa....
Tapi saya boleh pinjamkan telinga saya untuk mendengar luahan awak......

Takkala awak resah dan sedih,saya tak mampu tenangkan awak....
Tapi saya boleh pinjamkan hati saya untuk mendengar isi hati awak.....

Di saat awak lagi sendiri,sepi......saya memang tak mampu untuk ada di sebelah awak.....
Tapi saya akan cuba luangkan masa biarpun sedikit untuk menemani awak.....berbicara di telefon....

Pertemuan kita berdua ini juga bukan kehendak saya....
Tapi atas kuasa dan takdir dari-Nya....
Yang muungkin punya perancangan yang indah di sebaliknya.....

♥ Saya nak awak tahu,saya tidak sempurna dari segala sudut.
Kerana saya bukan Tuhan yang mempunyai segala kuasa di tangan.... Tapi saya akan berusaha untuk selalu ada di saat awak dalam kesulitan.....Walau mungkin saya tak mampu selesaikan masalah awak...Tapi saya nak ada sentiasa untuk awak dalam apa jua keadaan ♥ 

Friday, June 8, 2012

sinar kebahagiaan


Kebahagiaan bukan dicari, kerana bahagia tiada punya tempat atau alamat..
..tetapi ia perlu dirasai, dijiwai dan diamati perasaannya..Pejamkan mata, dan fikir yang kita sebenarnya sudah cukup bahagia hari ini kerana diberi satu lagi kesempatan bernyawa untuk hidup beribadah padaNYA.
Percayalah, akan ada sinar bahagia menyinari jika kita rasa hidup ini bukan hanya untuk kepuasan diri, tetapi untuk mendekatkan diri pada Illahi dan berbakti pada sesama insan di duniawi sementara ini.
❝..JANGAN bermimpi mencipta KEBAHAGIAAN, jika TIDAK mampu memupuk SABAR melalui KEKECEWAAN..❞ …
❝..JANGAN terlalu mengharap akan KESEMPURNAAN, jika TIDAK mahu berusaha MEMPERBAIKI DIRI melalui KESALAHAN..❞ …
❝..JANGAN mendamba dan meminta BERLEBIH-LEBIHAN, jika TIDAK tahu untuk BERSYUKUR dan BERTERIMA KASIH di atas PEMBERIANNYA..❞

Thursday, June 7, 2012

Latihan Industri

Hey.
Minggu ni masuk minggu ke dua aku menjalani Latihan Industri (LI) . Now kat office tapi aku takde kerja sangat , so aku berkesempatan laa nak updated bagai ni . Hari ni tahap kebosanan memang superb laa sebab dari pagi aku takde buat pape , macam first day pulak aku rasa . Aku malas nak mintak kerja , sebab aku pernah mintak , dia cakap kalau dia tak bagi so relax je . Aku buat laa macam dia cakap . haha
Nak cerita nih , first week aku latihan industri dah ada peristiwa yang menguris hati serta poket aku . waaa
Masuk hari kedua nak pergi kerja dengan semangat bukak rantai motor then start . Tibe - tibe bunyi dia sangat laa pelik , aku matikan laa balik . Pastu tengok takde exzost . Pehhhh . . . langsung speechless gilerr time tuh , terus jalan kaki pergi kerja . Konon gelak , tapi dalam hati tak tau nak rasa ape . Memang rase sentap yang amat laa . .


Ni laa gambar motor aku kehilangan exzost .

Nasib baik kawan Nad ade , kawan dia yang tolong betulkan and total amount bagi menggantikan exzost baru ni RM 240 . Memang laa kopak . Tapi nak buat macam mana kan , bende dah nak jadi , mane laa kite tau . Ayah cakap " takpe angah , zakat tu namenye " . Zakat pebende kalau dah sampai RM 240 , bole bayar untuk 3 family punye zakat tau . Tapi syukurlah motor aku terselamat .

Kenangan , pengajaran dan keseksaan laa pada aku atas sume bende nih . Harap - harap lepas ni takde laa bende yang bukan - bukan jadi . Pening pale tau .
Semoga Allah melindungi aku dari setiap makhluk dia sama ada yang nyata atau ghaib . Aminn .

Sunday, May 27, 2012

quick updated!

Hye...
Aku sebenarnye dah kene bebel dengan ayah sebab tak siap lagi nak gerak . Tapi gatal-gatal lagi nak hapdated kejap. Esok akan jadi first day aku sebagai budak praktikal. Wish me lucks k. Aku stay rumah member aku dekat Taman Rinting and keje sesame dengan dia. *Nad
So disebabkan esok first day aku, then aku kene laa get ready so tak bole laa gerak esok pagi takot anything happens kan.
Aku akan kembali ke dunia motor aku yang dah lama aku tinggalkan. Haaa bedal jela, bukan lupa bawak motor camne tapi macam dah tak biase sebab aku dah lame sangat tak rider jauh - jauh so InsyaAllah dengan langkah disertakan Bismillah aku akan selamat ke destinasi.
Doakan kehidupan baru aku esok :)

Thursday, May 24, 2012

bowling plus movie

hye!
Hari ni keluar merayap bersama adik aku and her friend. Since aku cuti aku belum keluar merayap pon and today I made it. haha Tapi takde laa merayap sangat pon. Tapi oke laa dapat merayap dari tak dapat langsung en? haha
Keluar rumah pon dah nak pukul 12 then straight pegi Jusco beli tiket wayang. Wayang start pukul 2.45 am so untuk tak membuang masa kitorang pegi main bowling dulu kat Diamond. Haaa lame dah tak main, so main-main jela. Main 1 game je pon sebab takot tak sempat sebab tak makan lagi. Then pegi Jusco balik, makan Pizza Hut borak-borak sampai laa 2.30am. Then tengok movie Aku ada, Kau ada? Dengar macam best... tapi bole laa sebab ade Yana Samsuddin! Suke dia! Dia lawa giler kot! huhu


Habes tengok citer ni g window shopping then beli wedding card for my friend. Kad lawa-lawa. Tapi sorang je yang nak kawen. haha Yang lain tuh nanti aku beli. Sape nak kad kawen baik cakap awal-awal dengan aku. haha
Di malam hariye aku siapkan kemas baju yang aku nak bawak plus nak pakai time practical nanti. Akhirnya siap jugak! haha Rasanya tu jela aktiviti aku untuk hari ni. hehe
* hope the  next day become more meaningful *


kerinduaan.

Assalamualaikum cinta.....................................
Waalaikumsalam rindu.....................................
* tiru dalam 7 petala cinta.hehe
Sekarang aku tengah menghabiskan sisa cuti sebelum start practical. Takde buat pape pon,just duduk rumah jadi budak baik.*baik ke? haha Sebenarnye rindu sanggat kat kau Azam. Tau sebab ape? Sebab dulu kalau aku cakap boring je, kau laa orang yang paling rajin melayan kerenah aku. Tak kesah laa kan pegi mane pon, janji kau nak aku tak rase boring. haha giler baik kau nih. Aku pon jenis yang suke merayap, so aku tak kesah laa pegi mane pon walaupun pegi workshop. Haa workshop ni kire macam rumah kedua dia laa. Aku tak kesah pon sebab kengkawan dia sume mereng macam dia. haha
Teringat mase cuti sem dulu-dulu tapi tak ingat cuti sem bile. hehe Aku boring giler, then aku cakap laa bosan. Pastu dia ajak merayap. Disebabkan aku selalu ikot dia pegi drift, so kali ni aku pulak ajak dia merempit dengan motor aku. Dia oke je, layankan kepala aku yang mereng nih. hehe Pusing-pusing then g makan pizza pastu balik. haha Walaupun sekejap tapi bile buat something dengan yang tersayang rasa sanggat amat-amat bermakna kan? haa *gedik nak mampos!


ni buah hati kesayangan dia " nissan silvia 14 " 


ni buah hati aku " honda wave 125 x "

Dengan kedua-dua buah hati memasing ni kitorang dating bersama ke mana-mana ikot gerak hati. haha betol orang tua-tua cakap, masa bercinta semuanya indah. Aku dapat rasakan keindahan itu. * cewahhhh
Plussss dia pernah ajar aku drift tapi aku takot sebab kereta dia mahal, kang nak bayar pakai ape? huhu Drift tak pernah tapi drive dah. hehe trimas yaa bucuk. haha
Haaa...lagi satu aku teringat time aku kebosanan tahap dewa, dia ajak aku merayap tapi aku tak tau nak pegi mane. Then dia cakap "kita pegi makan aiskrim tepi pantai nak tak?" aku pon macam ohhhh style jugak tuh. JOM2! Aku siap-siap then bawak motor pegi park kat cc then dia amek kat cc tuh naik kete dengan dia. Kalau nak jalan santai-santai dia suke bawak kenari dia sebab tak kepoh bunyi yee. hehe Then kitorang straight pegi beli aiskrim then g Tanjung Balau. Makan aiskrim di tepi pantai pada waktu petang. haha Sambil take some pictures. Dia kureng ceket bab-bab berpictures nih. Tak suke katenye....But aku suke sebab dia suke buat bende lain dari yang lain plus tahan dengan kerenah aku yang mereng nih.



ni salah satu picture kami time lepas makan aiskrim tuh.

Haaa......ni laa kerinduaan yang aku dok tahan sekarang nih. Aku harap kau sihat dan happy dengan hidup kau. Kenangan aku dengan kau tak pernah dan tak akan aku lupakan sebab kau adalah kenangan yang terindah dalam hidup aku.
* kalau terserempak jangan laa sombong ehh...hehe

Tuesday, May 22, 2012

Biar Mimpi Sampai ke Bintang


Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini

Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita

Biar mimpi sampai ke bintang
Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita

Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Menuju ke bintang

Sunday, May 13, 2012

sedarkan aku dari lamunan.

hye...
lame tak merepek kat cni,time aku menaip ni aku baru bangun dan baru mandi.
then online tibe2 jumpe perkara2 yang mengingatkan aku pada dy.aku pun tak tau sampai bila aku akan hidup dalam kenangan yang menyakitkan aku sendiri.sakit,seksa tapi aku tak mampu.tapi aku masih lagi cuba untuk melupakan dia.

aku cuba hidup tanpa kau,perit aku hidup dengan kenangan kita yang bermain dalam fikiran aku.yang aku ingat segalanya tentang kau.kenapa aku tak boleh lupakan kau macam kau lupakan aku?aku masih cuba untuk itu.
tapi,aku tak mampu padam nama kau dalam hati aku,aku sanggat menghargai insan yang pernah hadir dalam hidup aku walaupun sekejap.aku akan terus cuba untuk lupakan kenangan itu...

Sunday, March 18, 2012

The End!

Salam...
Okeyh, hari nih aku akan balik ke kolej. I'm not sure about my feeling. The most important things I'll face all the presentation,tests, quizzes and last touch up for the assignment. As usual lepas mid sem break semua akan berjalan dengan sangat pantas. Takot aku jek yang tak dapat nak kejar. ahaha.

Hari nih aku akan bawa pulang bersame kerje-kerja yang aku tak sentuh pun. Naik nih nak kene settlekan projek innovation yang macam tak bergerak tuh. Owhhh sponsor tak mencukupi. Anyone? ahaha Next two week akan terjadinya projek yang kedua. Projek first tak gerak ag. Second projek nih double projek oke. Tak memasal dapat double projek. Sir! Markah pon double oke! Kalau tak, saya simbah cat merah kat kerete Sir. ahaha.

By the way, this is my last sem oke. Aku harap sanggat takde yang sangkut. And if takde pape halangan aku akan mendapat segulung sijil diploma pada Oktober 2012. Ohh aku memang tak sabar untuk detik itu oke. * Sangggatttt tak sabar. But I've to work hard untuk tak mengurangkan cgpa aku yang hampir-hampir terkeluar dari landasan 3.00.

Okeyhh, aku nak g buat kek coklat untuk kawan-kawan. Before that, korang doakan aku success dalam semua-semua yang aku buat oke. Aku perlukan kekuatan mental dan fizikal yang sangat kukuh untuk menghabiskan sisa-sisa sebagai seorang yang bergelar pelajar. ahaha.

This is ME! 
I LOVE RED VERY MUCH <3
* setiap pergerakkan aku mesti ade bende yang berwarna merah oke *
yang paling WAJIB adalah :
1) Purse merah aku.
2) Handphone aku.
tu laa barang WAJIB aku yang berwarna MERAH <3
 BYE ^_^

Friday, March 16, 2012

Mid Sem Break yg BORING!

Salam.
Hari ni rase bosan yang sangat meluap-luap rasenye. Actually aku tengah cuti mid sem break,tapi yang membosankan aku mid sem break kali ni aku stay kat rumah. Biasenye aku akan berusaha cari keje part time and make sure aku tak duduk rumah sebab aku cepat boring and sebab lain aku ade duit lebih. That's it. Sebenarnye aku dah jumpe dah keje part time before cuti lagi. Tempat tu nak kene keje dengan pair. Aku carik laa member and dah confirm. But on the dot esoknye nak keje,hari ni dy masuk hospital pulak injured main rugbi. Aduhhh jahanam plan aku. Dia tak fully recover sebab kat tengkuk,and aku pon risau kalau jadi pape kat dy time keje. So end of the story aku duduk rumah je.
Pehhh dy punye bosan duduk dekat rumah memang bosan tahap dewa laa. Sampai ke hari ni aku dah tak tahan rase kebosanan yang amat tuh aku tak bercakap dengan sesape and aku tak makan. Sound stupid kan? Masalah yang same aku akan alami bile duduk rumah melebihi 3 hari. Tiap kali aku cuti. Aku mesti nak mantol,taknak dengar cakap,ikot hati aku je nak buat ape.
Tapii,kali nih aku tahan jek. Aku ikotkan sume yang diorang suruh. Aku layankan jek. And aku ingat lepas aku dah layankan sumenye aku dapat laa ape yang aku nak. Hampehhh.
Aku bukan nak ape pon,just bagi aku nak merayap. Tu pon tak boleh. Sebab tu laa aku malas nak cakao dengan semua orang dalam rumah ni. Aku just cakap dengan abang jek.
Lagi 2 hari nak habis cuti. Tak tau ape jadik.
BYE=,=

Wednesday, March 7, 2012

Bila Lelaki Serius Dalam Percintaan.

Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan… Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu…

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.

Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah…

Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat.

Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu.

Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh.

Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain.

Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu.

Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur.

Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.. Tidak suka kamu memakai seksi…kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek…

Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu… Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya. HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.


Adakah ini fakta atau auta??? +_+ confius

Tuesday, February 21, 2012

Kerana Kasihmu

Terkadang bicara hati mula berbisik
Kehadiranmu anugerah yang terindah
Mengapa rindu ini 
Semakin hebat ku rasakan
Sekalung cintamu takkan ku persia
Andai dapat ku gengam 
Erat jari - jemarimu
Mangharungi nista hidup
Yang penuh berliku
Harapanku kau mengerti
Dan cuba memujuk hati
Terimalah diriku seadanya
Cahaya persona kasihku
Terindah untukmu
Terukir di hati hanya untukmu
Sambutlah tangan bawa 
Ku terbang ke awan biru
Dengarlah kasihku
Dengarlah sayangku
Semusim telah berlalu mengamit jiwaku
Di saat diperlukan wajahmu menjelma
Andai sedetik saat ku 
Hidup tanpa dirimu kasih 
Tak terdayaku meluahkannya
Sayang
Dengarkanlah secebis kerayuanku
Harap kau terima cintaku
seadanya...

Bila Terasa Rindu

Selamat Pagi :)
Jam kat lappy aku memunjukkan 3.42AM but I'm still awake...sebenarnye esok takde kelas,so aku pon miang-miang laa nak tidoo lambat sebab nak download bicara hati.Dah siap download terase nak bercerite pulak....
Okeyh STOP!
sebenarnye hati dah mula rindukan family yang kat Segamat tuh.Ermmm almost 2 weeks kan,macam baru semalam je,I'm missing all of you ;( Ade rezeki kite jumpe lagi kan.Enough for now,lets the pictures tell the story....
10 Bende yang aku rindu kat korang-korang....


1) Pemandangan yang dilalui hari-hari time nak g kedai.

2) suare mak yang akan menjerit pagi-pagi untuk kejut emma and adek .
3) Angah yang suke mendengki.


4) Ayoi and adek yang hari-hari nak menyakat.


5) Ayah dengan senapang dia.


6) Farell yang berputar macam heli..


7) Ayoii dengan mate besoo die.


8) Emma dengan nafsu makan yang tak terkawal.


9) Family segamat yang happening sangat.
10) Rindu time bergurau dengan korang-korang.


Rindu korang semua,harap korang sihat and happy.
Thanks sebab terime aku and layan aku dalam family korang.
Ade rezeki kite jumpe...


Monday, February 13, 2012

February:)

Salam...
Baru balik dari Segamat semalam,wedding angah and abby.hope both of you be a loving couple ever after.amin....Tak dapat tengok korang bersanding...sedeyyy..tapi dapat laa menyumbangkan tenaga yang tak seberape tuh.pic pelamin pon lupe amekkk;( ade pic bilik jek...heeee pic family segamat pon tak amek..ape daaa...hishhhh tak menyempat betol laa.pic awak pon tak dapat....
Haaa sape pulak yang kat segamat tuh nak kawen???cepat3 laa kawen,aku bole g sane lagi...ni tak tau laaa bile dapat jumpe korang-korang and awak kan?waaaaaaaaaa....hanya dapat utuskan kerinduaan dengan doa jek.cetttt ayat tah pape jek....
Thanks korang-korang yang kat segamat tuh,dah macam family aku sendiri.hahaha tak malu kan?sesedare sume kepale layan.besttt...ade rezeki dapat laa jumpe korang-korang and awak...kan3??haha
Heee:) gonna miss every single moments kat sane tauuu...akan jadi kenangan terindah.thanks sangat-sangat kat kornag-korang and awak....heeee.

Aku akan rindukan korang-korang semua dengan awak,....waaaaa.........


                                                                                         yang akan merindui kalian;(
                                                                                                ejaddddd









Wednesday, February 1, 2012

Ohh Semester 5...

Salam...
Tetibe rase nak mengerakkan jemari ni untuk mencatatkan rutin minggu ni...Ohhh I'm so and very buzzzyyyy laa this week...On Monday g kelas macam tadke mood,rupenye 2 kelas cancle.Huh..seronoknye:) Walaupun takde kelas aku dan group members gigih naik turun ke admin untuk amek tau status projek kitorang.
Haaa....cerite pasal projek ni.Huh,masalah laa...memang laa best,tapi satu per satu masalah datang.Oke,take it easy!Actually kitorang ade projek Innovation for collage.Kitong I mean my group decide nak buat signboard ke arah kolej.Projek kami dah approve by the TPHEP.Kami naik turun pejabat JKR,MDKT and KEJORA.Syukur sangat2 JKR and MDKT dah bagi kebenaran untuk kami naikkan papan tanda.Kami tunggu jawapan dari KEJORA dan sumbangan dari insan yang pemurah:) Our innovation lecturer suruh minta sumbangan dari pihak kolej melalui Puan Adina Auccasa.Luckly dia bersungguh-sungguh nak carikkan sponsor projek tuh.Tapi....dia bagi kami projek baru untuk buat trip ke mane-mane port.Ohhh...menarik tapi agak mencabar laa jugak kan.
On Monday tu laa kami ke sane ke mari untuk mintak advice lecturer nak ke port mane.Setelah dipertimbangkan,Penang Port menjadi pilihan.Lepas tu nak booked tarik pon masalah jugak sebab sem ni banyak sangat cuti,so memang tak pack!Dapat tarikh 2 April 2012.
On Tuesday pulak bergegas mendapatkan khidmat nasihat Mr Azaki yang sangat-sangat sporting.Dengan pertolongan dia kami dapatlaa contoh proposal.Dengan efficient ye kami booked segala-gala yang kami perlukan dalam trip tu.And the proposal was done!
On Wednesday,pagi-pagi dah jumpe Mr Adham which is my Innovation lecturer.Dia bole cakap canclekan je projek tu....Pehhhh...what the pffffff kan?Dengan segala kuasa yang kami 1 group ade,kami discuss dengan dia and the projek still can move on.Alhamdulillah:) Then dapat call dari KEJORA about the application.The result will come out within 1 week.Hopefully bole laa sebab next week dah week 5.5 weeks to go for the due.
The schedule for Thursday,pegi ke admin untuk dapatkan approval from Mr Hussin for the second project.Hopefully dapat laa pegi.Aku semangat sangat nak pegi sebab aku tak pernah pegi Penang.heee:) Kalau dapat approval lega laa cket kepala nih....
On Friday pulak aku akan ke SEGAMAT:) hantar anagh Iwan nikah and kalau ade rezeki bole jumpe Si Dia..hehehe Aku akan ade kat Segamat dan Melake dari Jumaat sampai Isnin.heee.
Wahhh...panjangye celoteh aku hari nih,ade mase terluang.Oke,azan maghrib dah berkumandang.Mari sama-sama kita tunaikan kewajiban kita kepada NYA.Sekian
Assalamualaikum:)